PUTRAJAYA – Agen saraf VX yang dikesan digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Beliau berkata ia senjata kimia yang boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas.
Beliau berkata agen saraf itu juga sukar untuk dikesan jika dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang kecil.
“Ini adalah kali pertama kita temui (VX), sebelum ini tidak pernah ada dan kita cuma tahu mengenainya melalui pembacaan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Pemerkasaan Perubatan Tradisional Melayu 2017 di sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat berkata bahan kimia ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate’ atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan. – BERNAMA