Armada Puji MARA Gantung Tugas Annuar Musa


ALOR SETAR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji tindakan Majlis Amanah Raya (MARA) yang mengambil keputusan untuk menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa dari jawatannya.

Annuar digantung dari jawatan pengerusi MARA dan ia dianggap sebagai satu keputusan yang bijak dan menunjukkan bahawa agensi tersebut tidak memandang ringan kes melibatkan Annuar.

"Ini jelas menunjukkan bahawa pegawai-pegawai MARA tidak mengambil kes ini secara ringan.

"MARA ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu anak-anak Melayu yang tidak bernasib baik. Jangan sesekali membenarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan tujuan murni ini daripada tercapai demi kepentingan peribadi pihak pihak tertentu," katanya, semalam.

Oleh demikian, Syed Saddiq berharap agar tidak apa pihak yang cuba untuk menghancurkan serta mencemarkan niat murni asal penubuhan MARA yang pada dasarnya ditubuhkan bagi membantu anak-anak Melayu yang tidak bernasib baik.

Selain itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan tentang perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis berhubung penggantungan tugas Annuar.

"Siasatan daripada peringkat dalam telah pun bermula lalu memutuskan penggantungan terhadap Tan Sri Annuar Musa.

"Bagaimana pula perkembangan terkini daripada pihak SPRM dan PDRM diatas laporan polis yang telahpun dibuat supaya kes ini disiasat," katanya lagi. -Kedahnews.com