SUAMI kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri sejak beberapa hari lalu.
Menurut suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, mereka kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan daripada doktor pakar di Hospital Ampang.
“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.
“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,” katanya, memetik laporan Harian Metro.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ary Malik dilaporkan tenat di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik disahkan menghidap kanser itu sejak setahun lalu.
Bekas pengacara MTV ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Mei lalu.
Pun begitu, dia dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah.
Difahamkan, tiga anaknya iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, sudah dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini kerana sudah maklum dengan penyakit yang dihidap ibu mereka. –Kedahnews.com