Azmin Dakwa Seorang Menteri Kabinet Letak Jawatan, PM Kata Azmin Tipu


PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam akaun Twitternya pada Jumaat malam mendakwa seorang menteri kanan Kabinet telah meletakkan jawatan.

Menerusi laman Twitter miliknya itu, Azmin telah bertanya benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan?


Beliau tidak menamakan siapakah menteri yang dimaksudkan itu.

Azmin sebaliknya meminta pengikut Twitter untuk terus mengikuti perkembangan terkini.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respon segeranya melalui laman Twitter juga berkata, tiada menteri yang meletakkan jawatan.

"Tiada menteri yang memaklumkan kepada saya bahawa dia letak jawatan.

"Saya anggap Azmin berbohong untuk mencetuskan kekecohan, melainkan beliau boleh mendedahkan namanya," tegas Najib.


Sumber: mStar