Bapa Putra Naruto Mahu Anaknya Berlatih Jadi Hokage


BARU-baru ini tular nama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Putra Naruto di laman sosial.

Nama bayi terbabit dikongsikan sendiri oleh bapanya, Mohd Shah Rizal yang juga merupakan seorang hos dan pelakon baharu di laman Instagramnya sendiri.

Foto itu setakat ini telah menerima hampir 4,000 like dan pelbagai komen ditinggalkan netizen berhubung nama bayi comel tersebut.



Ada yang kasihan dengan nama ‘unik’ bayi itu kerana kebanyakan dari mereka sudah mula dapat meramalkan masa depan bayi itu yang kemungkinan besar akan dibuli rakan-rakan seusianya hanya kerana nama Naruto yang diberikan ibu bapanya.



Berkemungkinan besar si bapa meletakkan nama Naruto kerana obses dengan watak kartun manga Jepun yang diminatinya.

Naruto merupakan siri manga popular negara matahari terbit itu yang diterbitkan oleh pelukis Masashi Kishimoto.

Difahamkan bahawa perkataan "naruto" juga mempunyai maksud lain dalam bahasa Jepun iaitu "kek ikan yang distim". –Kedahnews.com