Bebas Dari Tahanan Reman, Jamal Umum Letak Jawatan


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Jamal Md Yunos mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar serta semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau, semalam.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu membuat pengumuman selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada kira-kira pukul 7 malam semalam.

Video pengumuman peletakan jawatan beliau berdurasi 1.21 minit turut dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.


Khamis lepas, Jamal ditahan di kediamannya dan ditahan reman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor.

Pada Disember tahun lepas, Jamal bersama beberapa yang lain telah ‘menyerbu’ beberapa premis berkenaan di Ampang, Selangor. – BERNAMA