Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melecur hampir seluruh badan selepas terjatuh dalam sebuah periuk berisi air panas ketika berada di sebuah rumah kenduri di Kulim, Kedah, pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengahari itu, mangsa, Mohd Aizul Aiman Mohd Khairul Nizam dikatakan sedang bergurau dengan adiknya sambil berjalan mengundur belakang dan mahu mengelak meja sebelum terjatuh dalam periuk tersebut.
Mangsa dan adiknya, 6, datang ke rumah kenduri itu mengikut datuknya, Seha Zain, 54, yang ingin membantu memasak secara rewang.
“Saya sudah pesan dekat cucu-cucu, banyak kerja nak kena buat. Kira-kira jam 1 tengah hari saya berehat sambil berbual dengan orang kampung di bahagian dapur tempat orang bergotong royong memasak cucu pun ikut sekali.
“Tiba-tiba sahaja orang depan saya menjerit beritahu cucu sudah terjatuh ke dalam periuk air panas yang tengah dijerang dalam keadaan pinggulnya terendam ke dalam air.
“Saya terkejut dan tak dapat nak fikir apa-apa terus jirus cucu saya dengan air paip. Saya buka seluar panjang yang dipakai cucu dan nampak kulit dibahagian pinggul dan kaki luruh,” katanya dipetik Sinar Online.
Sementara itu, Seha memberitahu orang kampung yang menyaksikan insiden itu turut menasihati dirinya membawa cucunya ke hospital segera.
“Ada orang kampung ajak saya cepat-cepat ke hospital, bila dalam perjalanan cucu sempat bertanya adakah saya pernah alami nasib yang sama sepertinya.
“Sekarang cucu ada di Hospital Pulau Pinang, esok saya difahamkan dia akan menjalani pembedahan untuk memulihkan kulitnya,” katanya kelmarin. - Kedahnews.com