Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Beberapa peruncit sekitar Bandaraya Alor Setar tidak menafikan turut meletakkan syarat tertentu, sepertimana peniaga di Pekan Guar Chempedak sebelum pengguna dapat membeli minyak masak.
Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd Fauzi Sharip menegaskan tindakan dilakukan mereka bagi memastikan mereka tidak terputus bekalan minyak.
“Dulu minyak masak diletak di bahagian depan, tapi la ni letak di dalam. Bukan nak sorok tapi nak pastikan semua pengguna berpeluang membeli minyak,” katanya.
Kata Fauzi, beberapa pembeli didapati berebut-rebut membeli minyak masak bungkusan pada kadar banyak, sehingga mengakibatkan ada pengguna lain pulang dengan tangan kosong.
Disebabkan itu, katanya, pembeli perlu bertanya dahulu kepada peruncit apabila mereka ingin membeli minyak di kebanyakan kedai di Pasar Besar Alor Setar.
Malah, tidak dinafikan, mereka dikehendaki dan perlu membeli barang runcit lain, kerana bekalan minyak masak bungkusan tidak mencukupi.
“Bayangkan, ada juga pembeli membeli minyak masak sehingga tiga kilogram (kg) sebelum ini, namun tidak membeli barang. Sedangkan, kami juga perlu menjaga pelanggan lain, terutamanya yang memahami keadaan sebenar,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kota Setar berkata, bekalan minyak masak diterima peruncit kini seminggu tiga kali, berbanding dahulunya sehari sekali.
Malah, katanya, hanya peruncit memiliki lesen berhak mendapatkan bekalan minyak dari pembekal, manakala yang tiada lesen tidak akan mendapat stok, sekali gus mengakibatkan bekalan itu kurang.
Beliau berharap pengguna memahami keadaan tersebut dan tidak menyalahkan mereka, kerana peruncit bukanlah sesuka hati meletakkan syarat sebegitu.
Semalam, beberapa pengguna sekitar Pekan Guar Chempedak meluahkan ketidakpuasaan hati mereka apabila dikenakan syarat memberi barang lain sebelum membeli minyak masak.
Sumber: Sinar Harian