SUSULAN status ‘kemarahan’ Sharnaaz Ahmad di laman Twitter semalam, sebuah portal tempatan cuba mendapatkan kenyataan daripada aktor itu berhubung isu yang mencetus tanda tanya tersebut.
Dalam status di laman sosial itu, Sharnaaz mempertikaikan kredibiliti Fattah mengeluarkan buku 99 Kata-Kata Fattah Amin.
Menurut Sharnaaz, walaupun dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan namun dia juga boleh menyuarakan pendapatnya berhubung sesuatu penerbitan buku seperti mana lazimnya dilakukan orang lain di luar sana.
“Saya tak tahu buku ke apa (tak mahir dalam bidang penulisan), tapi bila saya baca buku ABC anak buah saya, itu lebih bagus (daripada buku Fattah),” ujarnya ketika dihubungi portal berkenaan hari ini.
Sementara itu, Sharnaaz turut mengingatkan peminat Fattah supaya jangan terlalu taksub atau "over" meminati seseorang selebriti itu sehingga "menganggu" sesiapa sahaja yang tiada kaitan dengan aktor tersebut.
“Bila peminat dah mengaitkan pasal family, bakal isteri saya, kau (Fattah) jangan duduk diam je.
“Jangan nak tunjuk kau maksum sangat, senang cerita, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,” kata Sharnaaz ketika ditanya tentang punca dia meluahkan rasa ‘bengang’ terhadap aktor berusia 27 tahun itu.
Meskipun Sharnaaz enggan menjelaskan punca berangnya terhadap Fattah, namun aktor bertubuh sado itu mendakwa Fattah tahu punca sebenar dan sebab-musabab kenapa dia "tidak berpuas hati" terhadap hero drama Suri Hati Mr. Pilot tersebut.
Selain itu, ditanya sama ada dia akan menjemput Fattah ke majlis perkahwinannya dengan kakak Neelofa, Nabila pada bulan April ini, Sharnaaz menjelaskan bahawa pihaknya tidak menjemput, namun tidak tahu sama ada Fattah dijemput di sebelah pengantin perempuan.
“Saya belah sayalah (tak jemput), belah Nabila saya tak tahulah,” katanya, ekoran hubungan baik Neelofa dengan Fattah sebelum ini.
Sharnaaz bakal mendirikan rumah tangga dengan kakal Neelofa, Nabila pada 31 Mac depan dan majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 2 April ini di ibu negara.
Sementara itu, di sebelah Sharnaaz pula majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang. – Kedahnews.com