Dua tabung parkir yang diletakkan di tiang ruang parkir masjid. Gambar kecil: Mohd Nizam |
YAN - Kewujudan tabung parkir masjid Al Wustha sejak beberapa tahun lalu nyata membantu kos pengurusan masjid berkenaan.
Pengerusi masjid berkenaan, Mohd Nizam Mat Noh berkata, terdapat dua buah tabung dilekatkan di tiang ruang parkir masjid berkenaan.
“Kita sediakan dua tabung bagi memudahkan orang ramai yang datang ke masjid untuk menyedari mengenai kewujudan tabung itu.
“Namun begitu, kita tidak pernah memaksa orang ramai untuk memasukkan wang ke dalam tabung tersebut,” katanya.
Menurutnya, dua tabung berkenaan akan dibuka sebulan sekali oleh jawatankuasa masjid.
“Alhamdulillah setiap kali kita buka dan kira jumlah wang di dalam tabung berkenaan, ia mencecah RM1,000 bagi setiap satu tabung.
“Wang berkenaan kita guna untuk bantu kos pengurusan masjid ini,” katanya.
Mohd Nizam berkata, sedekah adalah satu amalan mulia dan ia amat dituntut dalam Islam.
“Meskipun tabung berkenaan hanya diletakkan satu sahaja di bangunan parkir, tetapi ramai yang datang ke masjid sanggup berjalan jauh dari kereta untuk memasukkan wang sedekah ke dalam tabung.
“Amalan dan sifat seperti ini harus dikekalkan kerana ia satu sifat mulia,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian