ALOR SETAR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta pandangan dari masyarakat umum berkenaan hukuman rotan sebagai salah satu kaedah penyelesaian disiplin yang wajar dikuatkuasakan di sekolah.
Walaupun beliau mengakui bahawa hukuman tersebut bukanlah satu jalan penyelesaian terakhir kepada masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di zaman moden ini, namun mungkin perlu dilaksanakan.
"Hukuman rotan bkn penyelesaian terakhir utk mendisiplinkan pelajar tp mungkin 1 kaedah yg wajar dikuatkuasakan.
"Pendapat anda bagaimana?," kata beliau meminta pandangan umum tentang perlaksanaan hukuman rotan tersebut.
Selain itu, Menteri Pendidikan tersebut yang suatu masa dahulu juga merupakan seorang guru menekankan tentang disiplin di kalangan para pelajar adalah bermula dari rumah masing-masing.
"Disiplin diri dibentuk bermula dari rumah dan diasah dalam persekitaran sekolah," katanya. - Kedahnews.com