Senjata dipercayai digunakan oleh suspek. |
SUNGAI PETANI - Tindakan dua lelaki tempatan nekad samun sekumpulan warga asing, akhirnya memakan diri sendiri apabila mereka ditahan selepas orang awam yang menyedari kejadian membantu mangsa.
Menurut sumber Pertubuhan Pasukan Keselamatan Sukarela Sungai Petani (PPKSSP) berkata pihaknya menerima panggilan orang awam memaklumkan kejadian itu, yang berlaku kira-kira jam 11 pagi, baru-baru ini.
Katanya, ketika kejadian itu, didapati kedua suspek lelaki yang menaiki motosikal dipercayai bertindak melakukan cubaan samun ke atas sekumpulan warga asing yang berjalan kaki menuju ke sebuah pasaraya terletak kawasan perindustrian, Bakar Arang, di sini.
"Suspek didapati secara tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan minta menyerahkan barang berharga dan wang tunai milik mereka. Ketika itu, difahamkan berlaku pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan kumpulan warga asing berkenaan.
"Kebetulan, salah seorang awam yang melalui tempat kejadian pada awalnya menyangka kes pergaduhan, namun dia menyedari kejadian itu selepas melihat suspek bersenjatakan pisau yang turut mengacukan kepada dirinya juga," katanya.
Selepas itu, beliau berkata, orang awam itu bertindak membantu kumpulan warga asing itu dengan mencekup suspek, sebelum menghubungi pihak PPKSSP.
"Sejurus panggilan berkenaan anggota PPKSSP bergegas ke lokasi kejadian dan hanya seorang daripada suspek dapat berjaya ditangkap manakala seorang suspek sempat melarikan diri menaiki sebuah motosikal ditunggangi dari tempat kejadian.
"Suspek ditahan kemudian diserahkan kepada dua anggota Unit Ronda untuk tangkap semula bagi tindakan seterusnya," katanya.
Sumber: Sinar Harian