DAP Gagal "Didik Anak" - Kata PAS Kelantan


KOTA BHARU - Pemuda PAS Kelantan menyifatkan pimpinan DAP akhirnya mendapat balasan sebagai 'bapa' yang gagal mendidik anak sendir

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam pada DAP ghairah memperkatakan kelemahan PAS tetapi 'anak-anak' mereka keluar rumah sesuka hati.
 
"Jangan sibuk sangat hendak menyerang PAS Kelantan sehingga 'anak' kamu sendiri boleh lari dari rumah.

"Sila jaga urusan keluarga kamu dan jangan sibuk dengan tepi kain orang lain," katanya memetik laporan media, semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan empat pemimpin DAP Melaka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Duyong, Bachang dan Kesidang yang mengumumkan keluar daripada parti itu. -Kedahnews.com
i.