SABAK BERNAM - Formula satu lawan satu di negeri ini mesti dimuktamadkan bukan saja bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri, malah mampu merampas kerusi BN di Selangor.
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, muafakat antara pakatan harapan dan blok ketiga pembangkang menerusi formula satu lawan satu perlu diputuskan sebelum menjelangnya PRU14.
"Saya jamin kemungkinan kita akan menang lebih besar dan menambah lagi kerusi daripada pilihan raya yang lalu," katanya.
Terdahulu Suee Lim menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima pada Program SmartSelangor Food Stamp di Balai Raya Parit 7, di sini.
Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, beliau mengambil pendekatan positif berhubung formula itu bagi menewaskan BN, meskipun di peringkat Pusat terdapat perbezaan pendapat dan pertelingkahan dari segi pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, di Selangor, kebijaksanaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dapat menyatukan pemimpin Pakatan Harapan dan blok ketiga untuk bermuafakat dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya yakin formula satu lawan satu di negeri Selangor akan tercapai kerana kerjasama dan muafakat yang baik di kalangan pimpinan politik di negeri ini.
"Kita lebih matang di negeri Selangor, walaupun ada pemimpin PAS...kita masih sebahagian daripada kerajaan negeri," katanya.
Beliau turut menaruh harapaan tinggi terhadap parti PPBM yang disifatkannya mampu melonjakkan sokongan di negeri ini.
"Peluang untuk kita kekal di negeri ini cukup baik dan yakin BN tidak berpeluang untuk rampas selangor," katanya.
Beliau berkata, sokongan rakyat juga semakin meningkat terutama dengan prestasi cemerlang ditunjukkan kerajaan negeri yang menjaga kebajikan rakyat.
"Kemarahan rakyat begitu tinggi terutama dengan beberapa isu nasional seperti 1MDB, kenaikan harga minyak dan tekanan kos sara hidup," katanya.
Sumber: Sinar Harian