Daun Ganja Digunakan Untuk Bina Jambatan Di Universiti


BELANDA sememangnya dikenali negara yang membenarkan pengambilan ganja di kalangan penduduknya dan terbaharu ada satu lagi kebaikan dari daun ganja yang boleh dimanfaatkan mereka selain daripada tujuan untuk ‘high’.

Terbaru, beberapa pakar penyelidik dari negara kincir angin itu mendapat idea untuk membina jambatan dengan menggunakan bahan-bahan alam sekitar bagi tujuan itu.

Menurut seorang pembantu profesor di Universiti Teknologi Eindhoven, jambatan itu merupakan jambatan bio pertama di dunia yang bakal dibina.

Daun ganja akan dicampurkan dengan bahan fiber flask yang membentuk laluan di atas jambatan yang akan menghubungkan beberapa bahagian di kawasan universiti tersebut.


Kekukuhan bahan-bahan organik itu boleh menampung berat 500 kilogram bagi setiap meter persegi.

Mereka kini masih lagi dalam fasa ujian sebelum mendapat kebenaran daripada pihak atasan universiti untuk membinanya secara tetap dalam premis tersebut. – Kedahnews.com