ALOR SETAR - Hanya kerana berniat mahu menolong dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dituduh sebagai "hilang akal" oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Hanya orang yang hilang akal akan cakap macam ini," katanya.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, cadangan Tengku Adnan yang mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan itu sangat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Malah Guan Eng turut mendakwa kononnya kenyataan Tengku Adnan itu layak dianggap berbaur hasutan dan memberi ancaman terhadap perpaduan negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia.
"Apa yang dikatakan (Tengku Adnan) tanpa sebarang rundingan mengancam perpaduan dan persekutuan Malaysia.
"Ini boleh dianggap sebagai hasutan. Sebab kamu mengancam perpaduan persekutuan Malaysia," katanya pemimpin DAP tersebut.
Terdahulu, Tengku Adnan menyuarakan cadangan agar konsep wilayah persekutuan boleh dikembangkan kepada wilayah atau negeri lain seperti Langkawi, Pulau Pinang dan bahagian tertentu di Melaka.
Tujuannya bukanlah untuk meluaskan kuasa, tetapi ia dibuat atas keprihatinannya terhadap nasib Melayu khususnya di Pulau Pinang yang dikatakan tidak terbela sejak berada di bawah pentadbiran DAP.
"Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu," jelasnya. -Kedahnews.com