Gadis Teruk Dihamun Gara-Gara Gambar Dituduh Raba "Anu" Tapir


GARA-GARA memuat naik foto ‘manja’ bersama seekor tapir di laman Facebook, seorang gadis tidak menyangka gambarnya itu mengundang kecaman netizen di laman sosial.

Menurut Hazreen Syafiela, gambar dirinya yang berbaring di sisi seekor tapir jantan telah menimbulkan kemarahan ramai kerana dianggap melakukan aksi lucah dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.


Malah, netizen turut mempersoalkan keawajarannya menggosok pada bahagian perut haiwan itu yang mana jelas begitu hampir dengan alat kelamin haiwan terbabit.

“Let me explain you this. Gambar tu bukanlah niat nak pegang anu tapir tu pun, cumanya tapir ni kena gosok-gosok la perut dia area situ baru dia boleh feeling baring-baring.

“Sesetengah kucing dan anjing pun macam tu. Weiii, ular pun bila gosok-gosok depa lena, so hang tak tau hang diam dok buat belen pa dia? Korang tak tahu kan, so dah puas ke belum maki aku?

“Kalau fikiran asyik pikir ke situ, walhal tangan aku bahagian perut tapir tu je, so bukan salah aku laa untuk pemikiran korang yang macam tu,” tulis Hazreen. –Kedahnews.com