Mayat tiga kanak-kanak yang lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya berjaya ditemui. foto; BERNAMA |
KUANTAN - Gara-gara ingin mengambil seluar yang terjatuh di dalam kolam bekas lombong bauksit, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik mati lemas dalam kejadian di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang dekat sini petang Sabtu.
Mangsa ialah dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sebelum kejadian kira-kira 5 petang itu ketiga-tiga mangsa bersama empat lagi rakan termasuk seorang lagi adik lelaki kepada Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, pergi bermain di kawasan bukit bekas perlombongan bauksit berkenaan.
"Ketika bermain Aiman ini ternampak getah hitam di tepi kolam bauksit tersebut dan hendak pergi ambil getah itu, namun dia telah terjerlus masuk ke dalam kolam berkenaan.
"Waktu itu Aiman sendiri lemas, namun dapat menyelamatkan diri dan keluar dari dalam kolam itu.
"Ketika itulah seluarnya tertanggal menyebabkan kakaknya cuba untuk mengambilnya, " katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam Sabtu.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah turut berangkat ke unit forensik hospital berkenaan bagi menziarahi keluarga kedua mangsa yang terlibat dan menyampaikan sumbangan peribadi baginda.
Abdul Aziz berkata sewaktu Salsabila hendak mengambil seluar, kanak-kanak malang itu telah terjerlus ke dalam kolam berkenaan dan lemas sebelum rakannya Nureen Ain dan adiknya Mahathir cuba menyelamatkannya.
Bagaimanapun mereka berdua turut lemas sebelum Mohamad Aiman dan tiga lagi rakannya pergi mendapatkan pertolongan daripada penduduk setempat.
Sebaik selesai bedah siasat, jenazah kedua beradik telah dibawa ke kampung halaman mereka di Taiping, Perak, manakala jenazah Nureen Ain akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Karang Darat, di sini. - BERNAMA