Gen-Y Kedah Perlu Persediaan Tukar Paradigma, Holistik


ALOR SETAR - Generasi muda atau Gen Y di Kedah diminta supaya bersedia untuk menukar paradigma pemikiran mereka untuk lebih berdaya saing pada masa depan, seiring dengan matlamat Kerajaan memacu usaha ke arah negara maju.

Perdana Menteri, Datuk Sero Mohd Najib Tun Abdu Razak berkata, dalam aspek pekerjaan sebagai contonya, generasi muda di negeri ini perlu bersedia untuk pekerjaan yang bakal wujud pada masa depan.

"Kajian menunjukkan 65 peratus yang menuntut di sekolah rendah hari ini akan mengisi pekerjaan yang pada masa ini belum wujud," katanya ketika berucap kepada kira-kira 10,000 golongan muda dan rakyat Kedah, di sini hari ini.


Mohd Najib berkata demikian hari ini ketika berucap menyempurnakan program Gen Y Bersama Perdana Menteri di Dataran Alor Setar, di sini hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mohd Najib dalam ucapannya turut mengiktiraf golongan muda sebagai "aset negara" dan "permata yang cukup bernilai", serta perlu membuat persiapan yang lebih holistik dan komprehensif serta dapat mengadaptasi apa sahaja situasi yang bakal mereka hadapi pada masa akan datang.

Jelas beliau, persediaan itu amat penting bagi merealisasikan matlamat negara dan memastikan generasi akan datang memiliki daya saing yang tinggi selain menjadi tonggak kemajuan negara nanti. - Kedahnews.com