Hukum Tidak Angkat Jari Telunjuk Ketika Tahayat Kerana Uzur


Soalan: Saya tidak menggunakan jari telunjuk semasa tahyat awal dan akhir kerana tangan tidak berfungsi kerana serangan angin ahmar lima tahun lalu. Apakah sah solat saya?

* Asmawati, Pulau Pinang.

Jawapan UKE:

Daripada Ibnu Umar RA, katanya:
“Adalah Rasulullah SAW apabila duduk dalam sembahyang, baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan mengangkat anak jarinya yang mengiringi ibu jari (jari telunjuk), lalu baginda berdoa dengannya, sedang tangannya yang kiri diletakkan di atas lutut kiri dengan menghamparkannya.” (Hadis riwayat Ahmad, al-Nasa’i dan Abu Daud).
Ini bermakna perbuatan itu ada dilakukan oleh Nabi SAW namun ia bukan rukun solat. Oleh yang demikian, solat anda sah dan tidak menjadi apa masalah apatah lagi anda sakit.

Sumber: Utusan