KUALA LUMPUR – “Golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak bergaduh tidak mahu bersatu kerana dendam kesumat yang mendalam.”
Demikian pandangan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berhubung segelintir umat Islam yang mengecam kerjasama antara parti itu dengan UMNO bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada umat Islam Rohingya.
Kata beliau, golongan terbabit memiliki pemikiran yang berbahaya kepada negara dan PAS tidak akan terikut-ikut dengan cara mereka yang beremosi sehingga mahu mengambil pendekatan ala revolusi bagi merampas pemerintahan negara.
“Mungkar wajib dilawan, perkara baik wajib disokong. Ini prinsip kita,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kerjasama UMNO dan PAS untuk umat Islam Rohingya dikecam hebat pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ramai mereka mendakwa kononnya pemimpin PAS akan disambar api neraka di akhirat kerana PAS berada sepentas dengan UMNO dan tolong menolong dalam isu Rohingya.
“Kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pegang tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa program solidariti Ronhingya dan Datuk Tuan Ibrahim senyum semasa melepas kapal Flotila maka terus dituduh pemimpin PAS akan disambar api neraka.
“Huh hebat, tafsir mana mereka belajar. Siapa sebenar golongan takfiri dan ghuluw?” katanya. – Kedahnews.com