#Islam: Bolehkah Suami Suruh Isteri Onani Untuk Reda Nafsu?


Soalan: Sepasang suami isteri sudah menjangkau usia 60-an. Si isteri tidak lagi ingin bersentuhan dan melayan keinginan seksual suami. Bolehkah si suami menyuruh isteri melakukan onani terhadap dirinya (suami) bagi meredakan nafsu? Apakah suami berdosa?

* Suami Inginkan Layanan, Kuala Lumpur.

Jawapan UKE:

Allah SWT berfirman:
"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah SWT dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman. (al-Baqarah: 223).
Daripada ayat ini jelas menunjukkan betapa Islam menjaga hubungan suami isteri supaya hidup tenteram. Berhubunglah suami isteri selagi mana dengan cara yang dibenarkan syarak.

Isteri juga wajib melayan permintaan suami dalam bab ini, jika permintaan suami itu tidak melanggar batas agama.

Maka anda harus menggunakan tangan isteri anda untuk itu. Yang dilarang anda menggunakan tangan sendiri.

Sumber: Utusan