"Islam Tidak Semestinya PAS," Kata Husam Musa


ALOR SETAR - Pemimpin "De Facto" Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Husam Musa mengeluarkan satu kenyataan Islam bukan hanya ada pada parti PAS, Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh DAP harus diterima semua bangsa.

“PAS nak datang kemudian, datang. Islam tak semestinya dengan PAS. Kita mahu 1 kerajaan yang diterima oleh semua tidak kaum tidak kira warna kulit atau bangsa.”  katanya di ceramah anjuran PAN di Bangi.

Maka dengan itu Husam menegaskan PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) harus bersiap sedia untuk berjuang meskipun tanpa kerjasama dari parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Tambahan pula, PH dan PPBM yang diketuai DAP kini membawa satu agenda yang besar dan rasional, maka dengan itu gabungan pakatan pembangkang tersebut tidak perlu gentar untuk menampilkan diri dengan penuh yakin walau tanpa PAS.

“Hari ini bincang dengan PPBM tetapi esok kata ‘sembang sahaja’. Kita kena teruskan persiapan kita,

“Nak tunggu PAS? Kita jalan dulu. Jika di Kelantan berlakunya 3 penjuru, PAS akan kalah dan akhirnya akan bersama UMNO.

“Apa perlu kita lakukan ialah mengerah segala kekuatan untuk beri keyakinan kepada rakyat. Jika kita goyang rakyat pastinya akan kecewa.” ujarnya lagi.

Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas perkembangan pertemuan antara PAS dan PPBM pada Rabu lalu, dalam usaha PPBM membentuk persefahaman 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional (BN) dalam kalangan parti pembangkang pada PRU ke-14 nanti.

Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut masih lagi tergantung dan belum mendapat kata putus. 

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan mengenai pertemuan PAS - PPBM menjelaskan bahawa ia hanyalah merupakan satu pertemuan "biasa" yang membincangkan soal politik negara. -Kedahnews.com