Shamsul (tengah) menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran. |
BALING - Sebuah keluarga dari Kampung Lela yang terlibat kebakaran menerima Bantuan Tabung Bantuan Segera (TBS) dan Bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, baru-baru ini.
Pegawai JKM daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, bahagian ruang tamu rumah Noormi Md Noor terjejas akibat kebakaran pada 16 Februari lalu.
“Mangsa tinggal bersama isteri dan dua anak berjaya menyelamatkan diri. Api yang marak berjaya dipadam jiran-jiran.
“Bagi mengurangkan beban, JKM menyampai TBS berjumlah RM300 serta Bantuan Barangan Makanan Bencana. Pihak JKM Baling berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan dihadapi,” katanya.
Turut hadir dalam penyampaian TBS dan Bencana berkenaan ialah Ramli Yahaya yang mewakili Adun Kupang, Datuk Harun Aziz.
Ramli turut menyerahkan sumbangan Barakah daripada kerajaan negeri kepada keluarga tersebut.
Sumber: Sinar Harian