"Kadir Jasin Mungkin Banyak Makan Dedak," Sindir PAS


KUALA LUMPUR – Bekas wartawan yang kini menjadi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A. Kadir Jasin sememangnya anti-PAS sejak muda hingga tua.

Naib Pesiden PAS, Idris Ahmad bekata, A. Kadir semakin hebat menghentam PAS sejak menyertai PPBM kerana terlalu lama ‘makan dedak’ Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan.

“Datuk (A. Kadir) hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi datuk sepatah pun tidak sebut nama Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak,” sindirnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada penulisan terbaru A. Kadir menerusi laman blognya bertajuk “Umno-PAS: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?”

A. Kadir dalam penulisan itu membangkitkan tentang sejarah kurang enak yang pernah berlaku antara UMNO dan PAS dengan mengaitkan nama-nama bekas tokoh UMNO dan PAS.

Malangnya, nama Mahathir selaku Pengerusi PPBM tidak disentuh oleh beliau walhal Mahathir antara bekas pemimpin tertinggi UMNO yang paling kuat mengecam PAS pada zaman tersebut.

Beliau dipercayai menyiarkan penulisan itu bagi mengoyahkan hubungan yang kian pulih antara UMNO dan PAS sejak negara ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PPBM sebelum ini cuba memujuk PAS kembali bersengkongkol dengan sekutunya Pakatan Harapan untuk menumbangkan UMNO tetapi ditolak PAS. -Kedahnews.com