SUATU ketika dahulu, nama pelakon Nazeera Sardi sering kali dikaitkan dengan seorang pelawak terkenal.
Namun, tiba-tiba muncul gosip menyatakan pelawak itu kini sedang akrab dengan seorang aktres jelita yang lain.
Ditanya mengenai perkara itu, Nazeera menjelaskan hubungannya dengan lelaki itu telah pun berakhir sejak setahun lalu dan dia menganggap perpisahan itu adalah kerana ketentuan takdir.
“Kami tiada jodoh dan sudah setahun putus cinta. Nak dikatakan tak sehaluan tidak juga kerana sudah enam tahun kami berkawan. Saya percaya dengan ketentuan takdir. Sebenarnya kami tidak pernah bertunang. Tapi orang selalu bertanyakan saya perkara itu.
“Tidak dinafikan kami sudah kenal keluarga masing-masing agak lama. Dia kenal saya sejak saya menuntut di universiti.
“Saya lihat sukar untuk kami bersama dan nekad ambil keputusan berhenti setakat ini. Tidak dinafikan sesiapa yang bercinta mesti ada impian hendak ke arah yang lebih baik.
“Tapi kalau ia tak sampai ke matlamat sebenar, maknanya Allah aturkan hanya setakat itu dan kita kena positif.
“Kami juga tidak bergaduh dan tiada isu dalam soal ini. Hanya masyarakat yang seakan-akan terkejut apabila melihat dia dengan orang lain. Bagi saya, dia berhak untuk bahagia,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak mahu mengenang kisah cintanya yang sudah berlalu, Nazeera akui dia lega mengetahui bekas kekasihnya itu gembira dengan kehidupannya.
Sementara itu, Nazeera memberitahu dia kini mahu memberi penumpuan kepada karier seninya yang semakin berkembang.
Dalam perkembangan lain, Nazeera bakal muncul dengan drama berjudul Pembancuh Kopi Mr Vampire untuk saluran Hypp TV. –Kedahnews.com