Shukor Adan "bergasak" dengan Sandro Da Silva dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, baru-baru ini. |
ALOR SETAR - Pasukan Kedah merupakan sebuah pasukan yang baik dan mampu memaksa pasukan lawan untuk berhempas-pulas di atas padang ketika berdepan dengan skuad kebanggaan rakyat negeri Jelapang Padi itu.
Ketua Pasukan Felda United, Shukor Adan berkata, pasukan yang diketuainya terpaksa berjuang habis-habisan ketika berdepan dengan skuad Helang Merah itu dan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata di tempat sendiri.
"Bagi saya Kedah adalah satu pasukan yang baik, hari ini dia bagi kami betul-betul kerja kuat untuk mempertahankan satu gol yang kami ada.
"Saya bagi kredit buat pemain-pemain saya yang berjuang habis-habisan, at least kita dapat satu point walaupun kita kecewa gagal dapat point penuh," katanya ketika ditemubual media selepas perlawanan menentang pasukan Kedah di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, baru-baru ini.
Kata Shukor, pertembungan dengan skuad Kedah itu juga memberi gambaran jelas bahawa skuad Hijau Kuning itu bukan sekadar pasukan sembarangan dan mampu memberi saingan sengit bagi setiap pasukan Liga Super pada musim ini.
"Apa yang kita lihat pasukan Kedah bukan pasukan biasa-biasa, mereka mempunyai skuad yang amat baik sekali," ujarnya lagi.
Pasukan Kedah baru-baru ini bertandang ke Stadium Tun Razak mengharungi perlawanan ketiga Liga Super bertemu Felda United dan berjaya mencuri satu mata berharga dari pasukan yang muncul Naib Juara liga pada musim lalu itu.
Gol Kedah dijaringkan oleh penyerang import baru, Ken Ilso Larsen pada separuh masa pertama di minit ke-23, namun Felda United membalas jaringan tersebut pada separuh masa kedua hasil jaringan Muhammad Hadin Azman pada minit ke-57, menjadikan keputusan seri, 1 -1. - Kedahnews.com