KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara mengenai kerugian bank pusat itu dalam urus niaga mata wang pada awal 90-an.
Naib ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata langkah itu perlu bagi mengenal pasti sama ada kerugian tersebut telah menyebabkan bank pusat berkenaan muflis dan sama ada terdapat usaha pihak tertentu menyembunyikan fakta mengenainya.
“Saya melihat isu ini timbul apabila ia dibangkitkan Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini yang menyentuh jumlah kerugian besar dialami Bank Negara dan tindakan menyembunyikannya yang wujud.
“Pemuda UMNO percaya dengan penubuhan RCI ini akan dapat merungkai dan mengesahkan apa yang disebut Datuk Abdul Murad sebelum ini dan menjawab segala persoalan mengenai kerugian itu,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Baru-baru ini, Abdul Murad dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian US$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.
Khairul Azwan berkata susulan pendedahan itu, Pemuda UMNO telah membuat semakan dan siasatan terhadap beberapa sumber yang enggan didedahkannya dan mendapati angka kerugian sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada yang didedahkan Abdul Murad.
“RCI ini juga perlu menyiasat dan mengesahkan telah wujud usaha menutup fakta terhadap pendedahan dagangan pertukaran asing sebanyak US$150 bilion dan kerugian dalam pertukaran asing yang melebihi US$30 bilion,” katanya.
Justeru, beliau berharap dengan penubuhan RCI, ia dapat menyiasat kedudukan sebenar kewangan Bank Negara pada waktu itu dan jumlah sebenar kerugiannya.
Beliau turut menegaskan sebarang tindakan menutup fakta mengenai perkara itu adalah satu jenayah dan mereka yang telah memanipulasi dan menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian pada waktu itu perlu dibawa ke muka pengadilan.
Khairul Azwan yang juga Anggota Dewan Negara mendesak pihak pembangkang khususnya penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu.
“Sebelum ini Lim Kit Siang menerusi beberapa kenyataannya mempersoal mengenai kerugian Bank Negara dan kita ingin beliau menyatakan pendiriannya sekarang (susulan pendedahan Abdul Murad),” katanya. – BERNAMA