Kit Siang Suruh Abdul Hadi "Cermin" Diri Sendiri


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta ‘cermin diri’ sebelum mengkritik orang lain kerana beliau hanya ‘satu penggal menteri besar’.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang boleh menjadi Menteri Besar Terengganu kerana bantuan gelombang ‘reformasi’ yang digerakkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada PRU 1999, Pas yang ketika itu dalam Pakatan Rakyat berjaya memperoleh 87.5 peratus undi dalam Dun Terengganu, dengan merampas 28 daripada 32 kerusi Dun.

“Abdul Hadi berpeluang menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sebelum tewas pada PRU 2004. Pada PRU 2004, Pas Terengganu hanya menang empat kerusi Dun sahaja.

“Peratusan undi yang diperoleh Pas hanya 12.5 sahaja. Apakah penjelasan Hadi mengenai kekalahan ini?,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya yang disiarkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Kit Siang berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Hadi yang mendakwa DAP gagal menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang, terutama sekali umat Islam di negeri itu.

Menurut Kit Siang, sekiranya DAP gagal menerima sokongan daripada rakyat Pulau Pinang seperti yang didakwa Hadi, kenapa peratusan undi diterima oleh DAP dan Pakatan Harapan tidak menurun, sebaliknya meningkat.

Sumber: Sinar Harian