Lelaki Mandi Di Rumah Orang Tidak Dikenali Tiap-Tiap Hari


Seorang lelaki, Ken Ferguson akan mandi di rumah orang yang tidak dikenalinya setiap hari, sepanjang bulan Januari ini.

Ia kelihatan pelik namun Ken berbuat demikian melalui projek Bunz, iaitu komuniti di Toronto yang terlibat dalam pertukaran barang dan perkhidmatan.

Ia bermula apabila seorang wanita yang terlibat dalam pertukaran barang telah mempelawa Ken ke rumahnya sebagai pertukaran dan sebaik sahaja Ken melihat tub mandi, dia terus mandi di situ.

Sejak itu Ken telah mengadakan pertukaran dengan menyediakan barang yang dikehendaki oleh orang lain dan sebagai balasan dia dapat mandi di rumah mereka.

“Saya sangat rindu mandi dalam tub memandangkan saya hanya ada `shower’ maka saya akan ke rumah Bunz setiap hari pada bulan Januari untuk mandi,” demikian tulis Ken dalam Instagramnya.

Ken turut menceritakan bagaimana tuan rumah turut menyediakan minyak kelapa, buih sabun, lilin dan haruman lain untuknya.

Ketika ini dia sudah menikmati 17 mandian `mewah’ yang disediakan. – Kedahnews.com