Zanariah (kiri) bersyukur ibunya, Hasnah Ismail, 58, sentiasa berada di sampingnya dan banyak memberi dorongan untuk terus tabah menghadapi dugaan yang dialaminya. |
KULIM - Jika dulu dia aktif melakukan pelbagai pekerjaan untuk memajukan diri dan membantu keluarga, namun kini terpaksa pasrah bergelar seorang kurang upaya (OKU).
Zanariah Ismail, 30, berkata, kaki kanannya terpaksa dipotong pada 2011 lalu akibat kencing manis.
"Saya sebelum ini memang sangat aktif bekerja dan cari duit. Tapi hari itu tiba-tiba lutut saya sakit dan terpaksa dapatkan rawatan di hospital.
"Doktor buat pemeriksaan di bahagian kaki akibat kencing manis yang saya alami sejak berusia 17 tahun. Kaki saya tak boleh dirawat dan terpaksa dipotong," katanya.
Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, memang pada mulanya hidupnya menjadi gelap seketika namun atas dorongan dan sokongan ibu, dia bangkit semula untuk membina hidup baharu.
"Memang mula-mula saya rasa sangat putus asa. Bayangkan tak mampu buat apa-apa lagi bila kaki terpaksa dipotong.
"Emak banyak bagi semangat dan kembalikan keyakinan untuk teruskan hidup sehingga ke hari ini," katanya.
Bagaimanapun, Zanariah berkata, setelah semangat kembali pulih satu lagi berita buruk terpaksa dihadapinya.
“Bila semangat saya semakin pulih, pada 2015 doktor sahkan buah pinggang rosak dan pada Oktober tahun lalu saya terpaksa jalani dialisis pula,” katanya.
Menurutnya, bukan setakat terpaksa menanggung penderitaan dengan kesakitan yang dihidapinya malah dibebani kos untuk ulang alik mendapatkan rawatan.
“Memang saya ada dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250 sebulan namun ia tak cukup, nak beli lampin pakai buang lagi, lepas itu yang paling beban kos pengangkutan untuk bayar teksi.
“Sebulan saya kena pergi dialisis sebanyak 13 kali dan sewa teksi pergi dan balik RM40, itu tak termasuk temu janji dengan doktor lagi, kadang-kadang terpaksa tebal muka pinjam duit orang.
“Emak pun tak kerja sekarang ini sebab kena jaga saya, nasib baiklah ada abang-abang bolehlah saya dan emak menumpang makan serta berteduh di rumah mereka bagi memudahkan saya ulang alik ke hospital,” katanya.
Tambahnya, dia juga mengharapkan orang ramai dapat mendoakan kesihatannya makin pulih dan memberi dorongan untuk teruskan hidup ini.
“Saya kadangkala tak kuat juga, sering tertekan tapi saya cuba kawal perasaan dan reda dengan nasib diri, saya harap orang ramai dapat doakan kesejahteraan saya dan berharap kesihatan emak baik saja untuk jaga saya,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Zanariah di talian 012-4795036.
Sumber: Sinar Harian