ALOR SETAR – Komet dikenali sebagai 45P/Honda-Mrkos-Pajdusakova akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi pada 11 Februari ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media di sini hari ini memberitahu, komet tersebut akan berada pada jarak 12,430,000 kilometer dengan planet Bumi.
“Dengan kecerahan dijangka mencecah magnitud enam, ia dapat dilihat agak mudah menerusi binokular ataupun teleskop kecil,” kata kenyataan itu.
Menurut Angkasa, fenomena alamiah tersebut merupakan lintasan komet ke-8 paling dekat daripada mana-mana komet dalam era moden.
“Kini ia berada sejauh 31 kali jarak Bulan dari Bumi,” katanya.
Jelas Angkasa, masa yang paling sesuai untuk melihat komet itu pada waktu gelap sebelum matahari terbit antara 9 Februari hingga 12 Februari 2017.
“Komet akan bergerak merentasi buruj Hercules di langit timur,” jelas Angkasa. – Kedahnews.com