KUALA KUBU BHARU - Meskipun lima perlumbaan dilalui tanpa melakar sebarang kejayaan, pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan masih belum rela mengangkat bendera putih dalam mengharungi baki saingan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 kali ini.
Pelumba berasal dari Terengganu itu masih tercari-cari kayuhan terbaik selepas kehilangan rakan sepasukan, Mohd Harrif Saleh yang menarik diri selepas mengalami kecederaan pada peringkat kedua.
"Hari pertama saya mengalami kecederaan dan menjejaskan rentak pada perlumbaan kedua kerana tidak sempat pulih.
"Selepas itu pada Peringkat 3 ada masalah teknikal dan terpaksa tukar basikal berbaki 40 kilometer. Nasib tidak menyebelahi kami pada tahun ini walaupun sudah melakukan persiapan rapi.
"Kehilangan Harrif sudah pasti menjejaskan pasukan kerana dia menjadi harapan utama. Situasi itu menjadikan saya dan Zamri (Saleh) sebagai pengganti memburu kemenangan podium," katanya.
Pada peringkat kelima yang berakhir sebentar tadi, rentak kayuhan Anuar sekali lagi tersekat susulan terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan berbaki empat kilometer.
Bagaimanapun katanya, rakan sepasukan masih lagi bersemangat dan mereka akan terus mencuba sehingga peringkat terakhir. Pada edisi kali ini, TSG sudah menaiki podium menerusi Zamri yang menduduki tempat ketiga pada Peringkat 3.
Sumber: Berita Harian