Rajie (tiga, kanan) dan Pathiyah menghantar Muhammad Alif ke Maktab Rendah Sains Mara Merbok dengan bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan sukarelawan, Natipah Abu (dua, kiri). |
MERBOK – Luluh hati seorang ayah setelah gagal menunaikan hasrat anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akibat kekangan kewangan.
Rajie Ali, 54, dari Kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda berkata, disebabkan kemalangan yang dihadapi tiga tahun lalu menyebabkan keadaan kesihatannya semakin uzur serta tidak mampu lagi meneruskan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Menurutnya, kini isterinya, Pathiyah Boon, 49, mengambil alih tugas dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
Rajie berkata, anak sulung, Noor Fattehah, 17, yang mendapat 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dua tahun lalu terpaksa melupakan hasrat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh berikutan kesempitan wang.
Anak bongsu, Muhammad Alif, yang juga pernah menerima tawaran ke MRSM Beseri, Perlis semasa cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) empat tahun lalu juga terpaksa menolak tawaran tersebut akibat masalah kewangan.
"Namun, kali ini, Alif yang cemerlang dalam PT3 dan memperoleh 11A bertegas mahu ke MRSM Merbok selepas terima tawaran.
"Dia nak jadi juruterbang suatu hari nanti. Kami gembira sebab dia dapat tawaran ini tapi tak mampu tunaikan hasrat dia sebab tak ada duit," katanya.
Hati seorang ayah semakin gelisah apabila semangat anaknya berkobar-kobar untuk ke MRSM membuatkan Rajie tidak malu untuk merayu di hadapan kakitangan Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda bagi memastikan anak kesayangan diterima masuk ke sekolah berkenaan.
“Sejak itu, kami menerima kehadiran pelbagai pihak termasuk MRSM Merbok sendiri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan sukarelawan Natipah Abu yang hadir memberi keyakinan dan ada yang menyampaikan sumbangan wang tunai sebagai persiapan persekolahan.
“Alhamdulillah, akhirnya segala keperluan dapat disediakan,” katanya ketika ditemui semasa taklimat waris yang berlangsung di MRSM semalam.
Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat LZNK, Mohd Sani Harun berkata, Rajie merupakan asnaf yang menerima bantuan bulanan dari LZNK sebanyak RM500 sejak Julai 2015.
“Hari ini kami bantu asnaf ini kerana anaknya seorang pelajar cemerlang di mana kita menyediakan pengangkutan dan menguruskan pendaftaran di MRSM Merbok dengan dibantu sukarelawan.
“Diharapkan, kecemerlangan keluarga asnaf ini menjadi contoh kepada golongan asnaf yang lain dengan membuktikan kemiskinan bukanlah penghalang untuk berjaya dan kecemerlangan ini diharap membantu keluarga keluar dari kelompok asnaf,” katanya.
Sumber: Sinar Harian