KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka mahu mengukuhkan gabungan bersama pembangkang.
Dr Mahathir hadir ke Mahkamah Tinggi bagi menemui bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri bagi kes saman fitnah beliau di sini.
Bekas perdana menteri itu menemui Anwar selama kira-kira 40 minit selepas kes itu ditangguhkan.
Ia merupakan pertemuan kedua Dr Mahathir dan Anwar semasa menghadiri kes mahkamah.
"Kita masih berunding dengan PAS tetapi pada masa ini kita mahu mengukuhkan gabungan. PPBM akan menyertai gabungan (gabungan Pakatan Harapan)," kata Dr Mahathir.
"Kita juga berbincang mengenai masalah politik yang berlaku di negara ini dan kita bersetuju dalam banyak isu."
Terdahulu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir bagi pendengaran awam.
Dr Mahathir tiba di mahkamah pada pukul 11.55 pagi ditemani para penyokongnya dan duduk di bahagian hadapan di galeri awam sebelum mengadakan pertemuan bersama Anwar.
Dr Mahathir melambaikan tangan kepada Anwar yang menyedari kehadirannya semasa mendengar keterangan saksinya, peguam Manjeet Singh Dhillon memberikan hujahan.
Sumber: mStar