(dari kir) Kit Siang, Dr Mahathir, Zaid dan Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai di kediaman Zaid pada Selasa. Foto; AZLINA ABDULLAH |
PETALING JAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapan supaya Datuk Zaid Ibrahim dapat bertahan lama dalam parti DAP yang baharu disertainya.
Pesanan bekas perdana menteri itu berikutan sejarah Zaid yang sering melompat parti sejak meninggalkan Umno pada 2008.
Menggunakan katak sebagai perumpamaan, Dr Mahathir berharap Zaid dapat bersama DAP untuk jangka masa lama.
"Saya fikir biar dia (Zaid) duduk dalam DAP lama-lama.
"Dalam negara kita ini banyak 'katak'. Katak ini pandai lompat, dia lompat sana lompat sini.
"Sifat katak seharusnya kita ketepikan dalam parti lawan dan insyaAllah kita dapat menyelamatkan negara kita semula," katanya selepas Zaid secara rasmi mengumumkan penyertaannya dalam DAP di kediaman bekas menteri itu di sini, Selasa.
Majlis turut disaksikan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dalam pada itu, Dr Mahathir secara sinis berkata, tindakan Zaid menyertai DAP dianggap sesuatu yang ganjil kerana sebelum ini, bekas pemimpin Umno itu mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina.
Bagaimanapun beliau berharap penyertaan Zaid dapat menyumbangkan pengalamannya dalam mengubah parti itu daripada pembangkang kepada sebahagian kerajaan baharu.
Penyertaan Zaid dalam DAP merupakan yang ketiga selepas beliau meninggalkan Umno pada 2008.
Zaid juga pernah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Sumber: mStar