Mahfuz Dedah Punca Tidak Keluar Dari PAS


ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa PAS perlu "diselamatkan" dari terus terpinggir dari pakatan pembangkang yang mahu mendapatkan kuasa di negara ini dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen PAS itu punca beliau enggan keluar dari PAS walaupun digesa berbuat demikian oleh beberapa beberapa pemimpin tertinggi PAS, selain mendakwa dirinya masih "sayang" pada parti berkenaan.

"Walau pun ada orang cadang suruh saya.. ligan saya keluar (dari PAS), tapi saya tetap sayang pada parti saya kerana saya telah bina sejak sekian lama

"Orang tanya, 'pasai apa hang tak keluaq?', saya kata 'saya tetap berusaha untuk menyelamatkan PAS," katanya yang masih mendesak PAS supaya mengikut kemahuannya bergabung bersama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini mencabar Mahfuz supaya meninggalkan parti itu ekoran sikapnya yang tidak lagi sehaluan dengan matlamat parti dan mengkritik kepimpinan parti itu secara terbuka.

Ketegasan Mohd Amar itu turut disokong oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu supaya Mahfuz keluar dari PAS sekiranya tidak lagi mampu untuk mengikut haluan dan pendirian parti tersebut.

"Kalau orang PAS dia kena ikut cara PAS. Kalau dia tidak mahu ikut cara PAS dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan Datuk Nik Amar," katanya berhubung sikap Mahfuz yang dilihat lebih cenderung dan selesa bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP, berbanding terus istiqamah menyokong pendirian partinya sendiri.

Mahfuz berkata sedemikian ketika berucap di pentas politik Ceramah Perdana yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) seperti Salahuddin Ayub dan Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh di Pokok Sena, kelmarin.

Turut hadir di ceramah politik berkenaan adalah Penasihat Strategik Lim Guan Eng yang juga merupakan pemimpin utama PKR, Saifuddin Nasution, dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Kedahnews.com
 - Kedahnews.com