Majlis Berinai Shuib Sepahtu - Sarah Meriah Dengan Tema "Baju Tidur"


PASANGAN selebriti, pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Siti Sarah Raisuddin diraikan dalam sebuah majlis malam berinai di kediamannya terletak di Puchong, Selangor lewat Sabtu.

Majlis malam berinai tersebut bahkan diadakan dengan cukup penuh meriah dan lebih unik ia bertemakan baju tidur, menurut laporan yang dipetik daripada portal hiburan tempatan Astro Gempak.

Bukan sahaja Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 32, dan Siti Sarah, 32; sahaja yang memakai baju bertemakan baju tidur, malah tetamu yang hadir turut memeriahkan majlis dengan mengikut tema pada malam itu.

Rakan artis tanah air turut memeriahkan majlis malam berinai mereka antaranya Ozyln Wati, Fasha Sandha, Mark Adam.

Pasangan ini mengadakan majlis persandingan mereka di Bora Ombak, Putrajaya pada Ahad.

Shuib dan Sarah telah pun berkahwin pada 26 Februari 2011 lalu namun majlis persandingan serta resepsi itu akan dibuat pada tarikh yang sama bersempena dengan meraikan ulang tahun keenam perkahwinan mereka.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Semoga mereka kekal bahagia ke akhir hayat. Berikut foto-foto di sekitar majlis malam berinai itu. –Kedahnews.com