Anthony menunjukkan jadual bedah matanya. |
ALOR SETAR - Seorang bekas pekerja pusat pengumpulan besi buruk dari Tanjung Bendahara, di sini, kini derita apabila disahkan mengidap masalah penglihatan yang serius sejak empat bulan lepas.
Menurut Anthony Suppiah, 47, dia memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk mengubati matanya yang memerlukan rawatan segera.
“Doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak yang serius, jadi kini hanya nampak bayang-bayang semata-mata sehingga tidak mampu bekerja sejak disahkan penyakit ini.
“Jadi, saya memerlukan wang sehingga RM1,600 untuk menjalani pembedahan kedua-dua mata di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang dijadualkan 23 Mac depan,” katanya.
Lebih menyedihkan, Anthony berkata, dia mendakwa ditinggalkan isteri sejak 12 tahun lepas, malah tidak pernah bertemu lima anak.
“Kini, lima anak saya sudah berusia antara 15 hingga 21 tahun.
"Bagaimanapun, kami tidak pernah bertemu selepas saya menghantar mereka ke rumah anak yatim sewaktu mereka kecil,” katanya.
Katanya, dia terpaksa menyerahkan dan memasukkan anaknya ke dalam rumah anak yatim, memandangkan dia tidak mampu menjaga mereka ketika itu.
Anthony berkata, dia kini menumpang di sebuah tempat tempat atas ihsan Pertubuhan Bantuan Kebajikan Masyarakat Miskin Negeri Kedah, malah tidak tahu nasib menimpa anak-anak selepas terputus hubungan.
Disebabkan itu, menurut Anthony, dia perlu memulihkan semula penghilangan demi membolehkan dirinya bekerja dan mencari anak-anaknya yang terpisah sejak 12 tahun lepas.
Terdahulu, nasib Anthony mendapat perhatian dari setiausaha pertubuhan, A. Sundralingan yang cuma membantu meringankan beban lelaki tersebut.
Sumber: Sinar Harian