Mayat Gadis Ditemui Reput Berulat Di Jalan Gerik-Kupang


ALOR SETAR - Seorang pemotong rumput warga Bangladesh menemui sekujur mayat remaja perempuan dalam keadaan reput dan berulat di Kilometer 24, Jalan Gerik-Kupang dekat Hentian Rehat Bintang Hijau, Sungau Rui, baru-baru ini.

Menurut sumber, mayat tersebut lengkap berbaju kemeja petak berwarna biru putih berlengan panjang dan berseluar Jeans warna biru gelap dipercayai mati antara empat hingga lima hari lalu.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mayat remaja dipercayai berusia 10 hingga 13 tahun.

Kata sumber, tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa namun terdapat kesan luka di pinggang yang belum dikenal pasti puncanya.

Memetik Bernama, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk bedah siasat. Selepas laporan bedah siasat keluar baru siasatan lanjut akan dijalankan pihak polis.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan selepas menerima laporan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Jamalani Mohd Isa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kes itu. - Kedahnews.com