PELBAGAI taktik yang digunakan peniaga bagi melariskan produk mereka dan kali ini melibatkan penggunaan istilah hadis atau sunnah yang dilihat boleh mengelirukan masyarakat Islam negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peniaga kini semakin berani menggunakan agama bagi melariskan produk mereka tanpa merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Sebagai contoh, baru-baru ini saya menerima ‘tweet’ yang mengatakan ada rancangan televisyen memaparkan pengiklanan atau promosi mengenai makanan sunnah terbaru di pasaran iaitu ‘mufin sunnah’ yang kononnya makanan itu pernah wujud ketika zaman Rasulullah.
“Perkara seperti ini perlu dibendung bagi mengelakkan kecelaruan umat Islam yang mudah terkeliru dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.
Menurutnya, masyarakat perlu bijak dalam menilai dan tidak membiarkan golongan peniaga mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemikiran mereka.
Jelasnya, JAKIM akan melakukan pemantauan dan meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan perkara yang disebarkan.
Berita mengenai penjualan kek muffin sunnah ini menjadi bualan di laman sosial dan rata-rata netizen mengkritik tindakan peniaga yang hanya mengambil kesempatan dan menggunakan nama agama Islam semata-mata untuk melariskan produk mereka.
Ada netizen menjelaskan perbuatan tersebut adalah berdosa dan kebanyakan peniaga ini sering menipu pelanggan dengan menggunakan nama agama.
“Mempergunakan agama untuk mengaut keuntungan, segala-galanya nak disunnahkan,” tulis Khairul Azam. –Kedahnews.com