SEJAK dari dahulu lagi, kantin sekolah sememangnya memberikan peranan yang sangat penting dalam menyediakan pemakanan yang sihat dan bersih buat pelajar-pelajar di sekolah.
Ini kerana, pemakanan dan nutrisi yang sihat dapat membantu perkembangan kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar ketika berada di dalam kelas.
Namun akhir-akhir ini, kedengaran juga berita yang kurang enak berkenaan sikap sesetengah pengusaha kantin yang rakus menetapkan harga yang tidak munasabah kepada pelajar, sehingga mengundang kemarahan ramai pihak khususnya daripada golongan ibu bapa.
Seperti yang dikongsikan oleh Hanizam Hassan di halaman Facebook, dia merasa begitu terkilan apabila melihat sendiri makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah anaknya.
Ini kerana, pemakanan dan nutrisi yang sihat dapat membantu perkembangan kebolehan kognitif dan psikomotor pelajar ketika berada di dalam kelas.
Namun akhir-akhir ini, kedengaran juga berita yang kurang enak berkenaan sikap sesetengah pengusaha kantin yang rakus menetapkan harga yang tidak munasabah kepada pelajar, sehingga mengundang kemarahan ramai pihak khususnya daripada golongan ibu bapa.
Seperti yang dikongsikan oleh Hanizam Hassan di halaman Facebook, dia merasa begitu terkilan apabila melihat sendiri makanan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah anaknya.
Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mendedahkan nama sekolah yang dimaksudkan.
Cuba anda bayangkan, wajarkah sebungkus nasi yang berlaukkan sedikit sayur dijual pada harga RM2 kepada pelajar? Malah makanan yang dijual juga tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Jom ikuti luahan Hanizam di bawah; -Kedahnews.com
Nasi 'Lauk' Sayur Berharga RM2 Di Kantin Sekolah
YaAllah…hanya kau yg tahu apa yang akan saya ceritakn disini..adalah smata-mata ingin meluahkn rasa hiba dan kasihan seorang ibu..dan demi Allah..tiada lgsung niat utk meninaya atau menjatuhkn orang…saya mohon..pd ssiapa yg mmbaca tulisan sy ini fikir la sendri samada ianya patut atau tidak brlaku..
Kisahnya..smlm swaktu rehat kelas koko..saya mnghantar bekal untuk anak saya..dan duduk makan di kantin sek..kemudian datang seorang kwnnya duduk pula makan disebelahnya..apa yang saya lihat..cara murid itu makan memang dia tengah lapar sangat….sedangkan apa yang dimakan (dibeli dari kantin) hanyalah sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng..
Saya tanyakan..berapa harga? RM2.00..jawabnya seperti hampa..sambil menguis-nguis sayur seolah-olah mencari ssuatu..saya tanya lgi..lauk tu je?..dengan perlahan dia menjawab “ya” dan saya perhatikn selepas 2-3 kali ..suapannya mulai perlahan..seakan makan terpaksa..
Saya tiba-tiba jadi sebak yang teramat..dan rasa bersalah..keraan dalam wktu yang sama anak saya sedang enak menikmati nasi berlaukkan ayam goreng..kari dan syur..diam2 saya mnangis..toleh pula ke kiri..sorang lagi murid sedang menikmati nasi putih..dengan kepala ikan keli yang diletak sedikit kuah lada kot..YaRabbi…luluh hati…
Lihat sendri la pada gambar…juga RM2.00..saya juga meniaga makanan..semua orang nak untung..tapi..janganlah sampai begini..jujur..ikhlaslah..kerana mereka bayar dengan duit..mereka lapar..walaupun kanak-kanak mereka juga ada rasa dan perasaan..
Tidak bolehkah mreka dilayan seperti anak sendri..tak kesian ke..kita berniaga mencari rezeki..untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan..dunia akhirat..patutnya bersyukur kerana kita ditakdirkn berurusniaga dengan ank-anak kecil yang sedang mencari ilmu..yang masih suci..yang bersih jiwanya..ahli2 syurga inshaAllah..
Allah swt beri jalan yang luas untuk kita melabur saham untuk akhirat..sambil meniaga..tak nmpak ke..kenapa disia-siakan..peluang ini..lebih kurang kira sedekah..rugi sangat ke..jangan lah kerana mereka anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa..kita ambil ksmpatan..
Fikir tak..anak-anak kecil sepatutnya..disediakan makanan yang baik..yang berzat keraan mereka dalam proses mmbesar sedang belajar sunghuhnya Allah itu Maha Melihat…
Hibanya saya masih terasa hingga ke saat saya sedang menulis ini..airmata masih juga tak mahu berhenti..tambahan pula mereka ini kebnyakkannya bukanlah anak-anak orang senang..ayah ibu sibuk mncari rezeki..dan percaya dengan kita untuk makan minum anak mereka semasa disekolah..tapi amanahkah kita kalau bgini?!
Inilah puncanya anak-anak saya setiasa ditemani bekal..bukan tujuan saya nak menunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar..kerana saya juga serba kkurangan..andai tulisan saya ini mnimbulkan rasa x puashati mana2 pihak..jutaan ampun dan maaf saya pohonkan..saya cuma meluahkan rasa dan pendapat saya sahaja.