JIKA kebanyakkan selebriti lain memilih untuk menjual minyak wangi dan pakaian Muslimah, pelakon Nelydia Senrose pula memutuskan untuk mengeluarkan pakaian tidur.
Koleksi pakaian tidur ini akan dikeluarkan di bawah jenama Impian by Nelydia tidak lama lagi.
Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, dia memilih untuk menjalankan peniagaan itu kerana amat menyukai pakaian tidur.
“Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.
“Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur kerana ia keperluan wanita.
“Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama?” katanya kepada BH Online.
Meskipun ini merupakan cubaannya yang pertama dalam bidang perniagaan, Nelydia nampaknya optimis dengan apa yang dilakukannya.
Malah, segala seleksi material untuk pakaian tidurnya dibuat dengan teliti olehnya.
“Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik.
“Sejak itu, saya mula memilih material yang sesuai dan betul-betul selesa untuk dipakai. Prosesnya memang panjang dan saya sangat teliti dalam hal ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nelydia sibuk dengan penggambaran drama Encik Suami Mat Salih Celup. -Kedahnews.com