KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish berkata dia tidak lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama seperti yang dilakukan lima tahun lalu.
Nora, 36, berkata, dia yang meracang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini mahu memberi keutamaan kepada keluarga dan perniagaan yang diceburinya.
"Pada usia ini lakonan hanya sebagai hobi sahaja dan saya tidak serius seperti lima tahun lalu. Saya merancang untuk berkahwin tahun ini dan Insya-Allah mahu memberi fokus yang lebih kepada keluarga.
"Selain itu, saya juga sibuk dengan beberapa perniagaan yang saya ceburi," ujarnya.
Nora ditemui pada majlis tayangan filem Indonesia Surga Yang Tak Dirindukan 2 yang diadakan di GSC Pavilion, malam Selasa.
Bagaimanapun, pelakon filem Isteri Untuk Dijual itu belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai tarikh perkahwinannya.
Dalam pada itu, Nora mengakui berbesar hati dipilih untuk terlibat dalam filem Indonesia popular Surga Yang Tak Dirindukan 2.
Katanya, dia melalui pengalaman berbeza sepanjang 20 hari penggambaran bersama pelakon-pelakon hebat dan dibawah produksi negara jiran itu.
"Saya berasa bertuah kerana terpilih untuk berlakon dalam filem tersebut bersama nama-nama besar di Indonesia dan mereka menerima kehadiran saya dengan baik.
"Selama 10 hari saya menjalani sesi proses bacaan skrip di Indonesia dan 10 hari menjalani penggambaran Budapest, Hungary," ujarnya.
Filem arahan pengarah filem Ayat-Ayat Cinta iaitu Hanung Bramantyo ini turut dilakonkan oleh Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan Reza Rahadian.
Surga Yang Tak Dirindukan 2 ini bakal ditayangkan di seluruh negara pada 16 Februari ini.
Sumber: mStar