BEIJING - Seorang anak yang diabaikan ibu bapanya di China meninggalkan nota 'bunuh diri' yang menyayat hati sehingga mencetuskan sensasi dan perdebatan di media sosial.
Media Chuncheng Evening Post melaporkan budak lelaki yang berasal dari sebuah kampung di wilayah Yunnan itu meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas minum racun perosak.
Dia meninggalkan nota bagi memaklumkan tindakan membunuh diri itu dibuat selepas hidup sengsara didera bapanya setiap kali Tahun Baharu Cina sejak bertahun-tahun.
"Saya dipersalahkan dan ditengking setiap kali Tahun Baharu Cina.... Ayah, Bila saya mati, anda akan gembira kerana anda tidak akan diganggu lagi," tulisnya dalam nota berkenaan.
Gambar yang menunjukkan nota bunuh diri itu menjadi tular selepas ia dimuat naik di media sosial.
Ramai kanak-kanak di kawasan pedalaman China hidup dalam jagaan datuk dan nenek mahupun sanak-saudara berikutan ibu bapa mereka telah meninggal dunia atau berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
Menerusi nota bunuh diri, budak itu meluahkan tentang kesengsaraannya di rumah setiap kali bapanya yang merupakan pekerja asing pulang semasa cuti perayaan.
Katanya, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang berusia 70an, kerana ibu bapanya bekerja di luar negara dan hanya pulang ke rumah apabila bercuti.
Sepanjang tahun dia diabaikan tetapi akan melalui pengalaman pahit menjelangnya musim perayaan disebabkan sikap panas baran bapanya.
"Saya tidak pernah melalui hari yang baik semasa musim Tahun Baharu Cina tahun ini dan tahun lepas. Tahun lalu, ayah pukul dan tengking saya disebabkan perkara sangat remeh. Disebabkan perkara itu, saya sedih sepanjang tahun.
Berita mengenai kematian dan kandungan nota bunuh diri budak lelaki itu menggemparkan netizen, sekali gus ramai penulis blog menggesa supaya lebih banyak perhatian diberikan kepada kanak-kanak yang diabaikan di China. - South China Morning Post