ALOR SETAR - Cubaan PAS untuk menarik PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai Gagasan Sejahtera yang diketuainya dianggap hanya akan memecah-belahkan pakatan pembangkang.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad berkata, cadangan PAS itu tidak akan menguatkan pembangkang, sebaliknya akan menyebabkan pembangkang dilihat sebagai "tidak sempurna".
"Rakyat akan lihat ia gabungan tiga buah parti 'Melayu' tanpa kaum lain membuatkan ia kelihatan tidak seimbang dan tidak kuat.
"Selain itu, rakyat juga akan melihat ia bukan lagi satu alternatif untuk menggantikan kerajaan memandangkan negara kita ini punyai rakyat berbilang kaum," katanya dalam satu sidang media yang diadakan semalam.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kelmarin mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai Gagasan Sejahtera.
PAS yang sebelum ini menegaskan bahawa partinya tidak takut untuk tewas pilihan raya kerana tidak mengejar kuasa turut menegaskan mereka tidak akan sesekali menjalin kerjasama dengan PAN dan DAP lagi pada masa yang akan datang.
Selain itu, Khalid dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa PAS sebelum ini pernah menyatakan syarat kepada mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan mereka.
"Jika nak bekerjasama dengan PAS kena ikut cara mereka, jadi jika nak bersama dalam Blok Ketiga maka PKR dan PPBM kena terima Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
"Justeru itu,ia merupakan satu masalah besar bagi PKR dan PPBM jadi saya lihat cadangan tersebut bukan satu yang serius, hanya sekadar untuk memecah-belahkan pembangkang sahaja," katanya lagi, memetik laporan Sinar Harian.
PPBM sebelum ini bertemu dengan PAS untuk berbincang tentang kemungkinan menjalin kerjasama pada pilihan raya yang akan datang nanti.
Namun begitu, PAS mendakwa pertemuan itu tidak mencapai sebarang persetujuan untuk menjalin kerjasama, manakala Abdul Hadi pula menyifatkan pertemuan tersebut hanyalah merupakan pertemuan "biasa" sahaja'.
Sebelum itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar PAS kerana enggan bersatu bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan tidak mahu lagi menunggu kerjasama dari parti Islam tersebut.
Katanya, Pakatan Harapan dan PPBM mampu menewaskan BN tanpa PAS.
Sementara itu, beberapa pucuk pimpinan PAS telah "menyerang" Mahathir dan mengingatkan bekas Perdana Menteri itu tentang segala perbuatan dan skandal-skandal yang pernah berlaku dibawah pentadbiran beliau selama 22 tahun sebelum ini.
PAS menegaskan bahawa parti itu hanya sanggup menerima Mahathir sekiranya Pengerusi PPBM itu bertaubat dari segala "dosa" beliau sebelum ini dan mengikut cara PAS berpolitik. -Kedahnews.com