PAS Kedah Tuduh "Lamaran" UMNO Muslihat Politik Licik


ALOR SETAR - PAS Kedah hari ini secara terbuka menegaskan pihaknya menolak untuk menjalin kerjasama politik dengan UMNO Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS itu disifatkan sebagai "muslihat politik" yang licik.

"PAS Kedah menolak hasrat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menjalin kerjasama dengan PAS, kerana melihat ianya dibayangi kelicikan muslihat politik UMNO," katanya dalam satu kenyataan kepada Kedahnews.com, di sini, hari ini.

Sebaliknya, Fakhruddin dalam kenyataannya meminta supaya Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah agar lebih fokus yang lebih tugas-tugas menjaga kebajikan rakyat berbanding memikirkan soal politik.

"PAS ingin menyarankan kepada UMNO/BN yang menunjangi kerajaan Kedah hari ini supaya memberi perhatian penuh kepada kebajikan rakyat...

"Hal tersebut sewajarnya yang perlu jadi keutamaan kerajaan berbanding percaturan politik kepartian," katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, Pesuruhjaya PAS Kedah itu turut menegur kepimpinan Ahmad Bashah supaya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang disifatkan menjejaskan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini.

"PAS sedang memberi fokus mengangkat suara rakyat Kedah, di samping menyelami permasalahan yang dihadapi mereka saban hari melalui setiap ruang dan peluang yang ada.

"Bagi kami, sebarang percaturan politik kepartian mestilah meletakkan keutamaan 'Islam yang memimpin.'," ujar beliau.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini menjelaskan bahawa UMNO Kedah sedia untuk memberi sokongan kepada pucuk pimpinan UMNO dan PAS di peringkat pusat yang semakin mesra membentuk kerjasama.

Jelas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, kerjasama yang lebih bertumpu kepada kepentingan Islam dan bangsa Melayu itu amat penting bagi menyuburkan agenda perpaduan ummah yang sebelum ini berpecah-belah gara-gara sentimen politik ekstrim.

Walau bagaimanapun, Ahmad Bashah menegaskan bahawa segala kerjasama itu perlu dimulakan dari peringkat pucuk pimpinan kedua parti Melayu Islam terbesar itu dan UMNO Negeri sedia membantu untuk mengeratkan lagi hubungan baik itu. -Kedahnews.com







Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi hari ini mengeluarkan kenyataan menolak lamaran UMNO bagi menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti Melayu tersebut.



Akan tetapi, perkara tersebut ditentang Fakhruddun kerana beliau menganggap bahawa lamaran daripada Ahmad Bashah itu sebagai satu muslihat dan kelicikan yang cuba dimainkan oleh UMNO.

Bukan itu sahaja, PAS Kedah juga sempat menasihati UMNO negeri tersebut agar terlebih dahulu menjaga kebajikan rakyatnya agar mereka tidak terus terbeban dengan rasionalisasi harga petrol dan diesel, sistem percukaian GST dan kenaikkan harga barangan serta keperluan harian yang tidak terkawal.

“PAS ingin menyarankan kepada UMNO/BN yang menunjangi kerajaan Kedah hari ini supaya memberi perhatian penuh kepada kebajikan rakyat akibat daripada polisi-polisi mereka yang membebankan rakyat seperti rasionalisasi harga petrol dan diesel, sistem percukaian GST serta kegagalan mengawal harga barangan keperluan harian” ujar pemimpin PAS negeri tersebut.

Tambah Fakhruddin lagi, sewajarnya kerajaan negeri Kedah memikirkan jalan untuk menyelesaikan krisis kekurangan bekalan air bersih yang menghantui rakyat di negeri tersebut sejak bertahun yang lalu, daripada memikirkan soal hubungan politik.

“Kerajaan negeri juga belum dapat menamatkan kegusaran rakyat berhubung masalah bekalan air bersih, ancaman perjanjian dengan operator air yang berat sebelah serta kerisauan terhadap tanah bersejarah dan "green belt" dalam bandar yang mahu dikomersialkan.

“Hal tersebut sewajarnya yang perlu jadi keutamaan kerajaan berbanding percaturan politik kepartian,” katanya dipetik dalam portal Harakahdaily.-Kedahnews.com