ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah mahu supaya litar lumba bernilai RM30 juta yang bakal terbina di Sungai Petani tidak lama lagi supaya tidak bersifat elitis yang hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.
Ketuanya, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, sebaliknya litar lumba tersebut akan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh generasi muda di negeri Kedah dan dinikmati bersama oleh segenap lapisan masyarakat.
"Saya berharap litar lumba yang akan dibina di Sungai Petani itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak muda di negeri ini, dan segenap lapisan masyarakat, umur dan taraf.
"Kami tidak mahu litar berkenaan hanya bersifat elitis atau peringkat tertentu sahaja yang boleh menggunakannya," katanya kepada Kedahnews.com, di sini, hari ini.
Kata Shaiful Hazizy, projek litar lumba yang diumum dan diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu adalah bersifat rakyat dan sewajarnya diuruskan oleh pihak yang mahir dalam sukan permotoran di negeri ini.
"Ini harapan dan permintaan Pemuda UMNO Kedah, kalau boleh litar yang diluluskan perdana menteri ini adalah bersifat rakyat.
"Maksudnya dari segi pengurusan dan sebagainya biarlah ia diuruskan oleh badan-badan permotoran yang diiktiraf di Kedah," ujar beliau.
Berterima kasih kepada Mohd Najib atas pengumuman yang mengotakan akujanji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu, Shaiful Hazizy turut menyelar pihak-pihak tertentu yang menyebarkan propaganda, kononnya Perdana Menteri tidak menunaikan janji.
"Saya menggesa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghentikan spekulasi dan memainkan modal politik murahan yang mengatakan Perdana Menteri tidak menunaikan janji beliau untuk meluluskan sebuah litar bagi kegunaan anak muda di Kedah," tegas beliau.
Mohd Najib sebelum ini mengumumkan pembinaan litar lumba bernilai RM30 juta yang tertangguh lebih 3 tahun sejak BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, sekaligus mengotakan janji manifesto PRU yang lalu.
Namun begitu, timbul pula tuduhan yang mengatakan kononnya projek berkenaan merupakan "gula-gula politik" BN bagi menghadapi PRU ke-14 tidak lama lagi.
Perdana Menteri sebelum ini membayangkan PRU ke-14 tidak akan berlangsung pada tahun ini dan mencetus spekulasi mendakwa ia bakal berlangsung pada awal tahun depan. -Kedahnews.com