Pelajar tersebut ditemui mati dalam bilik air. |
KUALA KETIL - Seorang penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berusia 21 tahun ditemui mati dalam bilik air di dalam bilik air asrama, malam kelmarin.
Ketua Polis daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 11.00 malam.
"Mangsa dijumpai mati dalam bilik air asrama Ibnu Sina dan mayatnya dibawa turun oleh rakan sebiliknya. Mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan kain pelekat sebagai tali.
"Siasatan masih diteruskan dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar 9.00 pagi ini," katanya.
Sumber: Sinar Harian