MACHANG – Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas sering kali dipukul dan diugut dengan parang.
Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 14 tahun itu dirogol teman lelakinya berusia 20 tahun sejak lima bulan lalu termasuk di rumah mangsa di Machang, Kelantan.
Kejadian tersebut disedari kakak mangsa yang melihat perubahan adiknya yang bertukar menjadi seorang pendiam dan terdapat kesan lebam pada badan mangsa sejak minggu lalu.
Sumber berkata, mangsa terpaksa menyerahkan tubuhnya kepada suspek kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Difahamkan, mangsa tidak berani melaporkan kejadian yang menimpa dirinya kerana takut dicederakan suspek.
Ketua polis Machang, DSP Dzulkifli Ab Ghani berkata, keterangan daripada mangsa sudah diambil sebelum pemeriksaan polis dijalankan di hospital.
Menurutnya, suspek kejadian masih belum ditahan setakat ini. –Kedahnews.com